Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

'Youth Power'

Youth Power  memberi maksud hak atau kuasa anak muda untuk bersuara menyatakan pendapat atau sebarang bantahan untuk menegakkan keadilan. Youth memberi maksud anak muda. belia dan remaja manakala Power pula bermaksud keupayaan anak muda untuk mengubah negara ke arah kebaikan.  Sejujurnya, anak muda mempunyai keupayaan serta kemampuan untuk memberi inspirasi serta mampu untuk meningkatkan mutu hidup orang – orang yang berada disekelilingnya. Maka, dengan wujudnya kuasa untuk mengubah di tangan anak muda, negara kita boleh berubah menjadi lebih baik daripada sekarang tetapi dengan syarat, anak muda hendaklah rajin, mempunyai semangat yang berkobar – kobar, keazaman yang tinggi serta menanam nilai – nilai murni di dalam diri bagi membentuk sahsiah yang baik. Selain itu, perkataan anak muda ini amat sinonim dengan perkataan malas, tidak matang, tidak serius dan banyak lagi unsur – unsur negatif yang hanya dipandang dalam diri seorang anak muda. Jika persepsi orang kita m...

Big Bad Wolf

Big Bad Wolf merupakan sebuah jualan gudang yang diterajui oleh BookXcess yang bermula pada tahun 2009 di Dataran Hamodal, Petaling Jaya. Pelbagai genre buku boleh didapati di sini dan pilihan bukunya pula terdiri daripada pelbagai bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Bukan itu sahaja, Big Bad Wolf juga menawarkan harga yang sangat rendah dan juga diskaun sebanyak 95% kepada semua penggemar buku di luar sana. Harga rendah tersebut membeli peluang kepada orang ramai untuk memiliki buku yang mempunyai genre baru yang belum pernah dibaca sebelum ini serta memberi peluang kepada peminat buku mengumpul koleksi bacaan baru di rumah. Pesta buku ini dijalankan pada setiap tahun di lokasi yang berbeza di dalam Malaysia. Setakat ini, lokasi Big Bad Wolf yang paling meriah dan mendapat sambutan yang tinggi adalah di sekitar Kuala Lumpur. Orang ramai yang berminat untuk datang ke pesta ini dinasihati agar memakai pakaian dan kasut yang selesa kerana kemungkinan besa...

Himpunan Bantah ICERD

Ribuan rakyat telah menyertai perhimpunan kesyukuran apabila kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk tidak memeterai Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Himpunan bantah ICERD ini telah dijalankan pada hari Sabtu bersamaan dengan 8 Disember 2018 di Masjid Jamek serta perarakan ke Jalan Tunku Abdul Rahmanberlangsung aman dengan dihadiri kira-kira 1,500 orang ramai Perhimpunan tersebut telah dihadiri oleh beberapa pimpinan pergerakan pemuda dan badan bukan kerajaan (NGO). Antaranya ialah Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi, dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Beberapa orang wakil Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) turut sama menyertai perhimpunan tersebut yang bermula pada pukul 12.00 tengah hari. Bukan itu sahaja, bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, turut hadir ke perhimpunan ters...

ICERD?

Sejak kebelakangan ini, satu Malaysia digemparkan dengan isu mengenai ICERD. Jadi apakah yang dimaksudkan dengan ICERD? ICERD merupakan singkatan perkataan daripada bahasa Inggeris iaitu International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination. Di dalam Bahasa Melayu pula ICERD membawa maksud Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum dan telah diperakui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu   (PBB) pada 21 Disember 1965 dan dikuatkuasakan pada 4 Januari 1969. Sebenarnya, tujuan ICERD adalah untuk menghapuskan segala bentuk diskriminasi kaum serta mempertahankan hak asasi manusia. Malaysia merupakan salah satu daripada 16 buah yang belum mengambil apa-apa tindakan untuk meratifikasikan atau mengesahkan konvensyen ini berserta negeri-negeri Persekutuan Micronesia. Republik Palau, Myanmar Niue, Singapura, Samoa, Angola, Tuvelu & Vanuatum, Kepulauan Cook, Korea Utara, Brunei, Dominica, Kiribati dan Kepulauan Marshall...

'British Shorthair'

Kucing merupakan haiwan yang sangat comel dan boleh dibela di rumah. Namun, terdapat banyak jenis kucing yang anda perlu tahu sebelum membuat keputusan untuk membeli kucing di dalam rumah kerana ia mempunyai ciri-ciri yang berlainan dan tersendiri. British Shorthair boleh dijadikan sebagai sahabat atau pun keluarga yang sangat baik dan boleh menjadi teman anda sepanjang berada di dalam rumah. Ia mempunyai suara yang tenang dan suka berdampingan. Selain itu, ia adalah kucing dengan tahap aktiviti yang sederhana. Ia sangat bertenaga sewaktu kecil, tetapi  mula tidak bergiat aktif ketika dia berusia setahun. Kucing seperti ini jarang merosakkan segala benda yang berada disekelilingnya dan sangat sopan dan beradab. Jangka masa hidup :  12 hingga 17 tahun Saiz :  Kucing jantan - 12 hingga 20 kilogram Kucing betina -  8 hingga 14 kilogram Penjagaan : Bulunya yang pendek memudahkan proses untuk memberus atau menyikat bulu-bulu tersebut u...

Tips Penjimatan Duit Bagi Pelajar Universiti

Semenjak dulu lagi, pelajar di universiti sering berhadapan dengan masalah duit. Bagi pelajar yang meminjam bantuan PTPTN pula, pada awalnya sahaja mereka rasa dirinya kaya dan di pengakhiran ceritanya pula mereka menjadi sangat miskin sampaikan ada yang terpaksa ikat perut kerana berhadapan dengan kekangan duit. Bagi yang tidak mengambil bantuan PTPTN pula, duit belanja yang telah diberi oleh ibu bapa kadang kalanya tidak mencukupi kerana ada yang terpaksa membeli buku ilmiah yang mencecah ratusan ringgit harganya. Oleh itu, di sini terdapat beberapa tips berkaitan dengan cara-cara untuk menjimatkan duit semasa bergelar seorang mahasiswa universiti. 1. Meminjam Buku Sebagai Bahan Rujukan         Buku  ilmiah ini boleh dipinjam di perpustakaan universiti masing-masing untuk mengurangkan kos perbelanjaan yang lebih tertumpu kepada pembelian buku berkaitan dengan subjek tertentu. Selain itu, pelajar hendaklah rajin bertanya dengan pelajar ta...

Pembuangan Bayi di Malaysia

Isu kes pembuangan bayi amat berleluasa pada ketika ini. Dimanakah letaknya belas kasihan di dalam mentaliti rakyat Malaysia? Tergamaknya individu yang tidak bertanggungjawab tersebut membuang anak hasil hasil daripada perbuatan intim antara dua jantina yang berbeza. Pembuangan bayi adalah satu jenayah. Ia terjadi akibat kehamilan tidak diingini. Ramai remaja yang mengandung di luar nikah terpaksa membuang bayi mereka terdesak, akibat malu dan takut akan akibat yang bakal ditanggung. Melalui kajian, pembuangan bayi terjadi apabila berlakunya kehamilan yang tidak diingini dan juga perhubungan seks di luar nikah yang menyebabkan kehamilan di luar jangka. Ada juga yang membuang anak hasil daripada perhubungan seks tanpa rancang yang menyebabkan pasangan suami isteri itu tidak mampu untuk menanggung kos untuk membesarkan seorang anak. Antara perkara yang akan dialami kesan daripada pembuangan bayi adalah kadar kematian bayi boleh melonjak tinggi akibat penjagaan perubatan yang tidak se...

Makanan Yang Tidak Sihat Untuk Tubuh Badan

Sebahagian daripada kita menjadikan makanan sebagai rakan baik dikala kesedihan, kebosanan dan pada bila-bila masa sahaja. Tetapi tahukah kita tindakan kita itu sedikit sebanyak memberi kesan negatif terhadap tubuh badan? Oleh itu, mari kita kenali jenis-jenis makanan yang perlu dielakkan atau dikurangkan pengambilannya supaya kita dihindari daripada serangan penyakit, Antara makanan yang tidak sihat untuk tubuh badan ialah : 1.      Makanan bergoreng Setiap makanan bergoreng mengandungi kalori yang sangat tinggi. Makanan ini sangat digemari oleh semua lapisan umur kerana ia sangat sedap apatah lagi jika dihidangkan sewaktu masih panas. Kita perlu mengurangkan pengambilan makanan bergoreng untuk mengurangkan kadar kolestrol di dalam tubuh badan. Jika kita teringin makan makanan bergoreng, kita dinasihati supaya menggoreng sendiri makanan tersebut agar  dapat mengawal penggunaan minyak yang tidak berlebihan. 2.      Makanan segera ...

'Christian The Lion'

'Christian The Lion'  merupakan seekor singa jantan yang tular di media massa suatu ketika dahulu. Pada tahun 1969, Anthony Bourke dan John Rendall dua jejaka muda daripada Australia telah mengembara ke kota London. Sewaktu Rendall dan Bourke memasuki sebuah kedai, mereka tertarik dan jatuh cinta apabila melihatkan kecomelan dua ekor anak singa kecil yang berada di dalam sangkar yang sedia untuk dijual. Setelah mencapai keputusan yang muktamad, mereka bercadang untuk membeli salah satu daripada anak singa tersebut untuk dibela dengan harapan mereka dapat membesarkan anak singa tersebut dengan lebih baik daripada sebelum ini. Kemudian, mereka membawa balik anak singa tersebut ke sebuah rumah flat milik mereka dan menamakannya Christian. Christian akan menghabiskan masanya dengan bermain di kedai perabot milik Rendall dan Bourke iaitu Sophisticat di bangunan bawah tempat tinggal mereka atau bermain dan   meluangkan masa dengan kanak-kanak kecil yang sukakan Christi...

'Unsung Hero'

Mungkin ramai orang yang tidak tahu apa itu yang dimaksudkan dengan 'Unsung Hero' . Sebenarnya 'Unsung Hero' merupakan perkataan inggeris yang membawa maksud golongan yang membuat kebaikan tetapi tidak mengharapkan pembalasan serta tidak mendapat pengiktirafan yang selayaknya. Di sini, saya ingin berkongsi tentang tragedi yang amat menyedihkan bagi rakyat Malaysia iaitu mengenai 6 orang anggota bomba yang terkorban sewaktu misi menyelamat seorang remaja berusia 17 tahun, Mohd Ilham Fahmi bin Mohd Azam yang hilang di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong pada 4 Oktober 2018.   Anggota bomba yang terkorban itu merupakan empat anggota PPDA Pelabuhan Klang, Mohd Fatah Hashim, 34, Izatul Akma Wan Ibrahim, 32, Mazlan bin Omarbaki, 24, dan Yahya bin Ali, 24, manakala Adnan Othman, 33 dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25, yang juga merupakan dua orang anggota PPDA Shah Alam. Niat murni mereka bertukar menjadi tragedi apabila arus deras telah menyebabkan tal...

KELUARGA ATAU RAKAN ?

Keluarga atau Rakan? Mana satu lebih penting? Bagi saya, keluarga adalah insan yang paling penting dalam kehidupan kita semua.  Rakan boleh dicari dan ditukar ganti. Tetapi, ibu bapa, adik beradik, saudara mara sangat sukar untuk diganti. Perkara tidak bermaksud bahawa kita tidak perlu berkawan atau pun bergaul dengan orang yang berada disekeliling. Anda juga berhak untuk berkawan, tetapi pergaulan tersebut tidak seharusnya menyebabkan hubungan antara keluarga terjejas.  Keluarga sangat penting kerana merekalah insan yang ada dikala jatuh dan bangun kita. Tidak kiralah bagaimana teruk pun situasi yang dihadapi oleh kita kerana, air yang dicincang tidak akan putus. Jadi, kita haruslah sentiasa menabur bakti kepada keluarga kita apatah lagi ibu bapa yang telah mengasuh kita sehinggalah kita mengerti akan kehidupan sebenar di alam realiti ini.  Rakan pula merupakan insan yang boleh kita berkongsi masalah serta suka dan duka bersama. Jangka masa persahabatan...

ISU STRAW PLASTIK DI MALAYSIA

Isu ini merupakan salah satu isu yang hangat diperkatakan oleh seisi warga Malaysia pada masa ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Datuk Seri Adnan Md Ikhsan baru-baru ini menjelaskan tentang pengharaman straw kepada semua pengusaha dan peniaga kedai bermula Januari tahun 2019 dengan niat untuk mendidik rakyat sebelum perkara ini dikuatkuasakan sepenuhnya bermula pada tahun 2020. Selepas itu, tindakan penguatkuasaan undang-undang akan dilaksanakan sepenuhnya dan peniaga yang melanggar peraturan bakal dikenakan kompaun tidak melebihi RM1000.00. Inisiatif ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada penduduk Malaysia terhadap bahaya penggunaan plastik. Walaupun straw tidak menyumbangkan kepada pencemaran yang tertinggi di dalam lautan, tetapi ia juga merupakan salah satu punca yang menyebabkan kematian hidupan laut. Apabila sampah sarap terlampau banyak dibuang ke dalam lautan, hidupan laut seperti penyu kebanyakannya akan terjerat atau ter...