Isu ini merupakan salah
satu isu yang hangat diperkatakan oleh seisi warga Malaysia pada masa ini. Hal
ini dikatakan demikian kerana, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Datuk Seri
Adnan Md Ikhsan baru-baru ini menjelaskan tentang pengharaman straw kepada
semua pengusaha dan peniaga kedai bermula Januari tahun 2019 dengan niat untuk
mendidik rakyat sebelum perkara ini dikuatkuasakan sepenuhnya bermula pada
tahun 2020. Selepas itu, tindakan penguatkuasaan undang-undang akan
dilaksanakan sepenuhnya dan peniaga yang melanggar peraturan bakal dikenakan
kompaun tidak melebihi RM1000.00.
Inisiatif ini adalah
untuk memberikan kesedaran kepada penduduk Malaysia terhadap bahaya penggunaan
plastik. Walaupun straw tidak menyumbangkan kepada pencemaran yang tertinggi di dalam
lautan, tetapi ia juga merupakan salah satu punca yang menyebabkan kematian
hidupan laut. Apabila sampah sarap terlampau banyak dibuang ke dalam
lautan, hidupan laut seperti penyu kebanyakannya akan terjerat atau termakan bahan buangan tersebut tanpa sengaja termasuklah straw minuman yang
diperbuat daripada plastik.
Tetapi, bagi individu
yang termasuk dalam golongan kurang upaya dan pesakit pula, tindakan ini akan
dikecualikan kepada mereka. Oleh itu, untuk mengurangkan masalah ini daripada berterusan
berlaku, inisiatif pengharaman straw plastik konvensional ini akan mula
dipraktikkan oleh Malaysia bagi wilayah Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan.
Di sini pula terdapat
beberapa alternatif lain yang boleh digunapakai bagi menggantikan straw plastik
iaitu :
1. Straw kertas
Straw kertas diperbuat daripada bahan mesra alam. Walaupun straw kertas diklasifikasikan sebagai straw pakai buang dan penggunaannya
adalah sekali sahaja, ia tidak akan sama sekali menjejaskan alam sekitar jika digunakan secara berhemah.
2. Straw besi
Straw besi tidak mudah patah dan tahan lama. Di samping itu, ia juga boleh diguna pakai
bagi tempoh yang lama sama seperti sudu dan garfu yang selalu kita guna yang
juga diperbuat daripada besi.
3. Straw buluh
Straw buluh adalah amat
unik dan bersifat tradisional. Ia diperbuat daripada bahan-bahan biodegradasi serta boleh digunapakai berulang kali dan sangat ringat untuk dibawa ke mana-mana
sahaja.
Di samping itu, orang
ramai juga digalakkan untuk membawa botol air masing-masing ke mana sahaja
mereka pergi. Dengan melakukan inisiatif ini, kita dapat mengurangkan
penggunaan straw serta dapat mengurangkan penggunaan bekas minuman plastik yang
sudah semestinya memudaratkan bumi kita.
Comments
Post a Comment