Skip to main content

KELUARGA ATAU RAKAN ?



Keluarga atau Rakan? Mana satu lebih penting?
Bagi saya, keluarga adalah insan yang paling penting dalam kehidupan kita semua. 
Rakan boleh dicari dan ditukar ganti. Tetapi, ibu bapa, adik beradik, saudara mara sangat sukar untuk diganti. Perkara tidak bermaksud bahawa kita tidak perlu berkawan atau pun bergaul dengan orang yang berada disekeliling. Anda juga berhak untuk berkawan, tetapi pergaulan tersebut tidak seharusnya menyebabkan hubungan antara keluarga terjejas. 

Keluarga sangat penting kerana merekalah insan yang ada dikala jatuh dan bangun kita. Tidak kiralah bagaimana teruk pun situasi yang dihadapi oleh kita kerana, air yang dicincang tidak akan putus. Jadi, kita haruslah sentiasa menabur bakti kepada keluarga kita apatah lagi ibu bapa yang telah mengasuh kita sehinggalah kita mengerti akan kehidupan sebenar di alam realiti ini. 

Rakan pula merupakan insan yang boleh kita berkongsi masalah serta suka dan duka bersama. Jangka masa persahabatan ini bertahan bergantung kepada kesefahaman antara satu sama lain. Jika kita mampu untuk bertoleransi bagi jangka masa yang panjang, maka persahabatan tersebut akan kekal bagi jangka masa yang panjang. Namun begitu, jika tiada kesefahaman atau pun tidak serasi, maka ia tidak akan menjamin sebuah persahabatan yang berkekalan.

Jika hendak dibandingkan dengan keluarga, walaupun berlaku banyak salah faham dan sebagainya, namun kita tetap akan kembali semula ke pangkuan keluarga tidak kira betapa dahsyatnya pertengkaran yang berlaku. Jadi, kita kita berada di dalam situasi yang memerlukan pilihan yang memerlukan pengorbanan di antara keluarga dan rakan, sebaiknya kita meletakkan keluarga di tangga yang teratas kerana keluarga sememangnya patut diutamakan terlebih dahulu berbanding dengan rakan.

Kesimpulannya, kita masih boleh mencari berapa banyak rakan yang kita mahu selagi kita masih hidup. Namun sebaliknya, keluarga tidak boleh dicari apatah lagi ditukar ganti.

Comments

Popular posts from this blog

'British Shorthair'

Kucing merupakan haiwan yang sangat comel dan boleh dibela di rumah. Namun, terdapat banyak jenis kucing yang anda perlu tahu sebelum membuat keputusan untuk membeli kucing di dalam rumah kerana ia mempunyai ciri-ciri yang berlainan dan tersendiri. British Shorthair boleh dijadikan sebagai sahabat atau pun keluarga yang sangat baik dan boleh menjadi teman anda sepanjang berada di dalam rumah. Ia mempunyai suara yang tenang dan suka berdampingan. Selain itu, ia adalah kucing dengan tahap aktiviti yang sederhana. Ia sangat bertenaga sewaktu kecil, tetapi  mula tidak bergiat aktif ketika dia berusia setahun. Kucing seperti ini jarang merosakkan segala benda yang berada disekelilingnya dan sangat sopan dan beradab. Jangka masa hidup :  12 hingga 17 tahun Saiz :  Kucing jantan - 12 hingga 20 kilogram Kucing betina -  8 hingga 14 kilogram Penjagaan : Bulunya yang pendek memudahkan proses untuk memberus atau menyikat bulu-bulu tersebut u...

'Christian The Lion'

'Christian The Lion'  merupakan seekor singa jantan yang tular di media massa suatu ketika dahulu. Pada tahun 1969, Anthony Bourke dan John Rendall dua jejaka muda daripada Australia telah mengembara ke kota London. Sewaktu Rendall dan Bourke memasuki sebuah kedai, mereka tertarik dan jatuh cinta apabila melihatkan kecomelan dua ekor anak singa kecil yang berada di dalam sangkar yang sedia untuk dijual. Setelah mencapai keputusan yang muktamad, mereka bercadang untuk membeli salah satu daripada anak singa tersebut untuk dibela dengan harapan mereka dapat membesarkan anak singa tersebut dengan lebih baik daripada sebelum ini. Kemudian, mereka membawa balik anak singa tersebut ke sebuah rumah flat milik mereka dan menamakannya Christian. Christian akan menghabiskan masanya dengan bermain di kedai perabot milik Rendall dan Bourke iaitu Sophisticat di bangunan bawah tempat tinggal mereka atau bermain dan   meluangkan masa dengan kanak-kanak kecil yang sukakan Christi...

'Youth Power'

Youth Power  memberi maksud hak atau kuasa anak muda untuk bersuara menyatakan pendapat atau sebarang bantahan untuk menegakkan keadilan. Youth memberi maksud anak muda. belia dan remaja manakala Power pula bermaksud keupayaan anak muda untuk mengubah negara ke arah kebaikan.  Sejujurnya, anak muda mempunyai keupayaan serta kemampuan untuk memberi inspirasi serta mampu untuk meningkatkan mutu hidup orang – orang yang berada disekelilingnya. Maka, dengan wujudnya kuasa untuk mengubah di tangan anak muda, negara kita boleh berubah menjadi lebih baik daripada sekarang tetapi dengan syarat, anak muda hendaklah rajin, mempunyai semangat yang berkobar – kobar, keazaman yang tinggi serta menanam nilai – nilai murni di dalam diri bagi membentuk sahsiah yang baik. Selain itu, perkataan anak muda ini amat sinonim dengan perkataan malas, tidak matang, tidak serius dan banyak lagi unsur – unsur negatif yang hanya dipandang dalam diri seorang anak muda. Jika persepsi orang kita m...