Skip to main content

'Unsung Hero'


Mungkin ramai orang yang tidak tahu apa itu yang dimaksudkan dengan 'Unsung Hero'. Sebenarnya 'Unsung Hero' merupakan perkataan inggeris yang membawa maksud golongan yang membuat kebaikan tetapi tidak mengharapkan pembalasan serta tidak mendapat pengiktirafan yang selayaknya.

Di sini, saya ingin berkongsi tentang tragedi yang amat menyedihkan bagi rakyat Malaysia iaitu mengenai 6 orang anggota bomba yang terkorban sewaktu misi menyelamat seorang remaja berusia 17 tahun, Mohd Ilham Fahmi bin Mohd Azam yang hilang di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong pada 4 Oktober 2018. Anggota bomba yang terkorban itu merupakan empat anggota PPDA Pelabuhan Klang, Mohd Fatah Hashim, 34, Izatul Akma Wan Ibrahim, 32, Mazlan bin Omarbaki, 24, dan Yahya bin Ali, 24, manakala Adnan Othman, 33 dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25, yang juga merupakan dua orang anggota PPDA Shah Alam.

Niat murni mereka bertukar menjadi tragedi apabila arus deras telah menyebabkan tali sambungan yang dipasang antara mereka terbelit antara satu sama lain serta menyukarkan pergerakan dan pernafasan anggota-anggota bomba berkenaan. Malang tidak berbau, mereka disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik di tempat kejadian selepas 30 minit bantuan kecemasan dan bantuan pernafasan (CPR) dilakukan oleh mereka tidak menunjukkan sebarang tindak balas yang positif.

Tragedi ini telah memberikan impak yang sangat mendalam terhadap seluruh rakyat Malaysia apatah lagi keluarga kepada 6 orang anggota bomba yang terkorban. Pemergian mereka sangat tiba-tiba dan tidak disangka. Hal ini dikatakan demikian kerana, tidak ramai orang yang sanggup menyahut cabaran untuk membahayakan diri menyelamatkan orang lain. Tindakan mereka bersifat suci dan murni serta wajar diteladani oleh rakyat Malaysia yang lain. Semoga roh mereka ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Al-fatihah.

Comments

Popular posts from this blog

'British Shorthair'

Kucing merupakan haiwan yang sangat comel dan boleh dibela di rumah. Namun, terdapat banyak jenis kucing yang anda perlu tahu sebelum membuat keputusan untuk membeli kucing di dalam rumah kerana ia mempunyai ciri-ciri yang berlainan dan tersendiri. British Shorthair boleh dijadikan sebagai sahabat atau pun keluarga yang sangat baik dan boleh menjadi teman anda sepanjang berada di dalam rumah. Ia mempunyai suara yang tenang dan suka berdampingan. Selain itu, ia adalah kucing dengan tahap aktiviti yang sederhana. Ia sangat bertenaga sewaktu kecil, tetapi  mula tidak bergiat aktif ketika dia berusia setahun. Kucing seperti ini jarang merosakkan segala benda yang berada disekelilingnya dan sangat sopan dan beradab. Jangka masa hidup :  12 hingga 17 tahun Saiz :  Kucing jantan - 12 hingga 20 kilogram Kucing betina -  8 hingga 14 kilogram Penjagaan : Bulunya yang pendek memudahkan proses untuk memberus atau menyikat bulu-bulu tersebut u...

'Christian The Lion'

'Christian The Lion'  merupakan seekor singa jantan yang tular di media massa suatu ketika dahulu. Pada tahun 1969, Anthony Bourke dan John Rendall dua jejaka muda daripada Australia telah mengembara ke kota London. Sewaktu Rendall dan Bourke memasuki sebuah kedai, mereka tertarik dan jatuh cinta apabila melihatkan kecomelan dua ekor anak singa kecil yang berada di dalam sangkar yang sedia untuk dijual. Setelah mencapai keputusan yang muktamad, mereka bercadang untuk membeli salah satu daripada anak singa tersebut untuk dibela dengan harapan mereka dapat membesarkan anak singa tersebut dengan lebih baik daripada sebelum ini. Kemudian, mereka membawa balik anak singa tersebut ke sebuah rumah flat milik mereka dan menamakannya Christian. Christian akan menghabiskan masanya dengan bermain di kedai perabot milik Rendall dan Bourke iaitu Sophisticat di bangunan bawah tempat tinggal mereka atau bermain dan   meluangkan masa dengan kanak-kanak kecil yang sukakan Christi...

'Youth Power'

Youth Power  memberi maksud hak atau kuasa anak muda untuk bersuara menyatakan pendapat atau sebarang bantahan untuk menegakkan keadilan. Youth memberi maksud anak muda. belia dan remaja manakala Power pula bermaksud keupayaan anak muda untuk mengubah negara ke arah kebaikan.  Sejujurnya, anak muda mempunyai keupayaan serta kemampuan untuk memberi inspirasi serta mampu untuk meningkatkan mutu hidup orang – orang yang berada disekelilingnya. Maka, dengan wujudnya kuasa untuk mengubah di tangan anak muda, negara kita boleh berubah menjadi lebih baik daripada sekarang tetapi dengan syarat, anak muda hendaklah rajin, mempunyai semangat yang berkobar – kobar, keazaman yang tinggi serta menanam nilai – nilai murni di dalam diri bagi membentuk sahsiah yang baik. Selain itu, perkataan anak muda ini amat sinonim dengan perkataan malas, tidak matang, tidak serius dan banyak lagi unsur – unsur negatif yang hanya dipandang dalam diri seorang anak muda. Jika persepsi orang kita m...