Sejak kebelakangan ini, satu Malaysia digemparkan dengan isu mengenai ICERD. Jadi apakah yang dimaksudkan dengan ICERD? ICERD merupakan singkatan perkataan daripada bahasa Inggeris iaitu International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination. Di dalam Bahasa Melayu pula ICERD membawa maksud Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum dan telah diperakui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 21 Disember 1965 dan dikuatkuasakan pada 4 Januari 1969. Sebenarnya, tujuan ICERD adalah untuk menghapuskan segala bentuk diskriminasi kaum serta mempertahankan hak asasi manusia. Malaysia merupakan salah satu daripada 16 buah yang belum mengambil apa-apa tindakan untuk meratifikasikan atau mengesahkan konvensyen ini berserta negeri-negeri Persekutuan Micronesia. Republik Palau, Myanmar Niue, Singapura, Samoa, Angola, Tuvelu & Vanuatum, Kepulauan Cook, Korea Utara, Brunei, Dominica, Kiribati dan Kepulauan Marshall...