Sejak kebelakangan ini, satu Malaysia digemparkan
dengan isu mengenai ICERD. Jadi apakah yang dimaksudkan dengan ICERD?
ICERD merupakan singkatan perkataan daripada bahasa
Inggeris iaitu International Convention on the Elimination of All Forms of
Racial Discrimination. Di dalam Bahasa Melayu pula ICERD membawa maksud
Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum
dan telah diperakui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 21 Disember 1965 dan dikuatkuasakan
pada 4 Januari 1969.
Sebenarnya, tujuan ICERD adalah untuk menghapuskan
segala bentuk diskriminasi kaum serta mempertahankan hak asasi manusia. Malaysia
merupakan salah satu daripada 16 buah yang belum mengambil apa-apa tindakan
untuk meratifikasikan atau mengesahkan konvensyen ini berserta negeri-negeri
Persekutuan Micronesia. Republik Palau, Myanmar Niue, Singapura, Samoa, Angola,
Tuvelu & Vanuatum, Kepulauan Cook, Korea Utara, Brunei, Dominica, Kiribati
dan Kepulauan Marshall.
Antara kesan yang akan berlaku kepada negara sekiranya
kerajaan meratifikasikan ICERD ialah pindaan ke atas undang-undang, peraturan
serta dasar yang sedia ada yang mengekalkan diskriminasi antara kaum dan akan
lebih memfokuskan perpaduan kaum. Selain itu, jaminan undang-undang dan penguatkuasaannya
terhadap diskriminasi yang berkaitan dengan hak-hak berpolitik, pekerjaan,
pendidikan, perumahan dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, ratifikasi ini akan
melahirkan penubuhan institusi mahupun agensi-agensi yang memfokuskan masalah
diskriminasi kaum di dalam negara serta melindungi kepentingan kaum Melayu dan
peribumi.
Oleh hal yang demikian, isu ini telah mencetuskan
pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak. Terdapat segelintir pihak yang
berpandangan bahawa isu ini ternyata bertentangan dengan Perlembagaan
Persekutuan mengenai hak istimewa Raja – Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu
dan Bumiputra serta kedudukan agama Islam di dalam negara. Dalam pada masa yang
sama, ada juga segelintir golongan yang menyokong ratifikasi ini kerana mereka
tidak mempunyai sebarang masalah mengenai ataupun berkaitan dengan segala
perkara yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan tersebut. Jadi, isu
ini sedikit sebanyak telah menimbulkan konflik di antara rakyat Malaysia kerana
ada yang mempertikaikan kebaikan serta keburukannya ke atas individu,
masyarakat, Raja-Raja Melayu dan negara.
Comments
Post a Comment