Sebahagian daripada kita menjadikan makanan sebagai
rakan baik dikala kesedihan, kebosanan dan pada bila-bila masa sahaja. Tetapi
tahukah kita tindakan kita itu sedikit sebanyak memberi kesan negatif terhadap
tubuh badan? Oleh itu, mari kita kenali jenis-jenis makanan yang perlu dielakkan
atau dikurangkan pengambilannya supaya kita dihindari daripada serangan
penyakit, Antara makanan yang tidak sihat untuk tubuh badan ialah :
1.
Makanan bergoreng
Setiap makanan bergoreng mengandungi kalori yang
sangat tinggi. Makanan ini sangat digemari oleh semua lapisan umur kerana ia
sangat sedap apatah lagi jika dihidangkan sewaktu masih panas. Kita perlu
mengurangkan pengambilan makanan bergoreng untuk mengurangkan kadar kolestrol
di dalam tubuh badan. Jika kita teringin makan makanan bergoreng, kita
dinasihati supaya menggoreng sendiri makanan tersebut agar dapat mengawal
penggunaan minyak yang tidak berlebihan.
2.
Makanan segera
Pada zaman sekarang, makanan segera menjadi pilihan
untuk menjimatkan duit serta ia mudah dimasak dengan hanya bermodalkan air
panas serta pek makanan segera. Bukan itu sahaja, makanan segera juga mempunyai
rasa yang sedap dan lazat. Tetapi kebanyakan makanan segera ini mempunyai
kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi. Dengan pengambilan makanan
segera, kandungan garam, gula, dan krimer ke dalam badan kita tidak terkawal.
Pengambilan jenis makanan seperti ini boleh memudaratkan tubuh badan anda dalam
jangka masa yang panjang. Oleh itu, kita hendaklah mengawal pengambilan makanan
seperti ini untuk menjamin kesihatan tubuh badan.
3.
Makanan dalam tin
Kebanyakan makanan dalam tin mengandungi perisa
tambahan yang berlebihan. Bukan itu sahaja, kandungan garam di dalam makanan
tin ini sangat tinggi dan boleh menyebabkan kolestrol di dalam badan meningkat.
Walaubagaimanapun, makanan tin sesuai digunakan ketika perkhemahan dan aktiviti
yang sukar untuk mendapatkan sumber makanan segar tetapi dengan syarat,
pengambilannya harus dihadkan supaya ia tidak menjejaskan kesihatan.
Comments
Post a Comment