Skip to main content

Pembuangan Bayi di Malaysia

Isu kes pembuangan bayi amat berleluasa pada ketika ini. Dimanakah letaknya belas kasihan di dalam mentaliti rakyat Malaysia? Tergamaknya individu yang tidak bertanggungjawab tersebut membuang anak hasil hasil daripada perbuatan intim antara dua jantina yang berbeza. Pembuangan bayi adalah satu jenayah. Ia terjadi akibat kehamilan tidak diingini. Ramai remaja yang mengandung di luar nikah terpaksa membuang bayi mereka terdesak, akibat malu dan takut akan akibat yang bakal ditanggung.

Melalui kajian, pembuangan bayi terjadi apabila berlakunya kehamilan yang tidak diingini dan juga perhubungan seks di luar nikah yang menyebabkan kehamilan di luar jangka. Ada juga yang membuang anak hasil daripada perhubungan seks tanpa rancang yang menyebabkan pasangan suami isteri itu tidak mampu untuk menanggung kos untuk membesarkan seorang anak.

Antara perkara yang akan dialami kesan daripada pembuangan bayi adalah kadar kematian bayi boleh melonjak tinggi akibat penjagaan perubatan yang tidak sempurna. Kebanyakan wanita yang bersalin tanpa pemantauan doktor atau pun pengetahuan keluarga bertindak untuk melahirkan anak di kawasan yang tersorok jauh daripada pengetahuan orang ramai seperti di semak samun, tandas awam, kawasan rumah terbiar dan banyak lagi. Kemuadian, anak tersebut pula diletakkan di kawasan yang seperti ini atau pun ada yang lebih kejam, mereka membuang bayi tersebut di dalam tong sampah, ke dalam sungai dan banyak lagi. Perkara ini amat menyedihkan kerana atindakan ini akan menyebabkan bayi tersebut tidak mendapatkan penjagaan rapi yang sepatutnya dan seterusnya menyebabkan kematian.

Antara cara untuk mengelakkan pembuangan bayi daripada terus berleluasa ialah dengan mengelakkan sebarang hubungan intim yang boleh menyebabkan kehamilah apabila seseorang individu tersebut belum berkahwin, tidak bersedia untuk membesarkan anak serta belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga yang memerlukan banyak komitmen dan tanggungjawab. Agama Islam melarang umatnya untuk mengadakan seks sebelum berkahwin. Jadi apabila kita mematuhi kehendak agama, secara tidak langsungnya kita dapat membezakan apa yang halal di sisi Islam dan juga apa yang ditegah oleh agama.

Kepada wanita yang hamil tanpa sebarang ikatan yang sah, anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan daripada keluarga supaya kandungan di dalam perut lebih terjaga, atau pun mendapatkan pertolongan daripada pihak kaunselor yang lebih pakar dalam menyelesaikan masalah serta doktor yang berdekatan dan juga pegawai kebajikan di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berdekatan agar mereka dapat membantu dari segi mental dan juga fizikal.


Comments

Popular posts from this blog

'British Shorthair'

Kucing merupakan haiwan yang sangat comel dan boleh dibela di rumah. Namun, terdapat banyak jenis kucing yang anda perlu tahu sebelum membuat keputusan untuk membeli kucing di dalam rumah kerana ia mempunyai ciri-ciri yang berlainan dan tersendiri. British Shorthair boleh dijadikan sebagai sahabat atau pun keluarga yang sangat baik dan boleh menjadi teman anda sepanjang berada di dalam rumah. Ia mempunyai suara yang tenang dan suka berdampingan. Selain itu, ia adalah kucing dengan tahap aktiviti yang sederhana. Ia sangat bertenaga sewaktu kecil, tetapi  mula tidak bergiat aktif ketika dia berusia setahun. Kucing seperti ini jarang merosakkan segala benda yang berada disekelilingnya dan sangat sopan dan beradab. Jangka masa hidup :  12 hingga 17 tahun Saiz :  Kucing jantan - 12 hingga 20 kilogram Kucing betina -  8 hingga 14 kilogram Penjagaan : Bulunya yang pendek memudahkan proses untuk memberus atau menyikat bulu-bulu tersebut u...

'Christian The Lion'

'Christian The Lion'  merupakan seekor singa jantan yang tular di media massa suatu ketika dahulu. Pada tahun 1969, Anthony Bourke dan John Rendall dua jejaka muda daripada Australia telah mengembara ke kota London. Sewaktu Rendall dan Bourke memasuki sebuah kedai, mereka tertarik dan jatuh cinta apabila melihatkan kecomelan dua ekor anak singa kecil yang berada di dalam sangkar yang sedia untuk dijual. Setelah mencapai keputusan yang muktamad, mereka bercadang untuk membeli salah satu daripada anak singa tersebut untuk dibela dengan harapan mereka dapat membesarkan anak singa tersebut dengan lebih baik daripada sebelum ini. Kemudian, mereka membawa balik anak singa tersebut ke sebuah rumah flat milik mereka dan menamakannya Christian. Christian akan menghabiskan masanya dengan bermain di kedai perabot milik Rendall dan Bourke iaitu Sophisticat di bangunan bawah tempat tinggal mereka atau bermain dan   meluangkan masa dengan kanak-kanak kecil yang sukakan Christi...

'Youth Power'

Youth Power  memberi maksud hak atau kuasa anak muda untuk bersuara menyatakan pendapat atau sebarang bantahan untuk menegakkan keadilan. Youth memberi maksud anak muda. belia dan remaja manakala Power pula bermaksud keupayaan anak muda untuk mengubah negara ke arah kebaikan.  Sejujurnya, anak muda mempunyai keupayaan serta kemampuan untuk memberi inspirasi serta mampu untuk meningkatkan mutu hidup orang – orang yang berada disekelilingnya. Maka, dengan wujudnya kuasa untuk mengubah di tangan anak muda, negara kita boleh berubah menjadi lebih baik daripada sekarang tetapi dengan syarat, anak muda hendaklah rajin, mempunyai semangat yang berkobar – kobar, keazaman yang tinggi serta menanam nilai – nilai murni di dalam diri bagi membentuk sahsiah yang baik. Selain itu, perkataan anak muda ini amat sinonim dengan perkataan malas, tidak matang, tidak serius dan banyak lagi unsur – unsur negatif yang hanya dipandang dalam diri seorang anak muda. Jika persepsi orang kita m...