Big Bad Wolf merupakan sebuah jualan gudang
yang diterajui oleh BookXcess yang bermula pada tahun 2009 di Dataran Hamodal, Petaling Jaya.
Pelbagai genre buku boleh didapati di sini dan pilihan bukunya pula terdiri
daripada pelbagai bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.
Bukan itu sahaja, Big Bad Wolf juga
menawarkan harga yang sangat rendah dan juga diskaun sebanyak 95% kepada semua
penggemar buku di luar sana. Harga rendah tersebut membeli peluang kepada orang
ramai untuk memiliki buku yang mempunyai genre baru yang belum pernah dibaca
sebelum ini serta memberi peluang kepada peminat buku mengumpul koleksi bacaan
baru di rumah.
Pesta buku ini dijalankan pada setiap
tahun di lokasi yang berbeza di dalam Malaysia. Setakat ini, lokasi Big Bad
Wolf yang paling meriah dan mendapat sambutan yang tinggi adalah di sekitar Kuala
Lumpur. Orang ramai yang berminat untuk datang ke pesta ini dinasihati agar
memakai pakaian dan kasut yang selesa kerana kemungkinan besar anda akan
menghabiskan masa yang boleh mencecah berjam-jam lamanya kerana rambang mata
melihat buku-buku yang dijual di Big Bad Wolf.
Pesta Big Bad Wolf kali ini sedang
dijalankan di MIECC The Mines selama 24 jam bermula pada 7 Disember sehingga 17
Disember. Jadi, inilah masa yang sesuai kepada semua peminat buku diluar sana
untuk melabur wang membeli bahan bacaan untuk dibaca kerana anda tidak akan berasa
rugi kerana kebanyakan harga asal sebuah buku yang dijual di pasaran jauh lebih
mahal daripada harga yang ditawarkan oleh Big Bad Wolf. Bayangkan sahaja, jika
hendak dibandingkan harga asal sebuah buku yang dijual di pasaran, anda boleh membeli
banyak buku di Big Bad Wolf dengan harga yang sama dengan harga asal sebuah
buku. Jadi apa lagi? Jangan lepaskan peluang keemasan ini !
Comments
Post a Comment