Kucing merupakan haiwan yang sangat comel dan boleh
dibela di rumah. Namun, terdapat banyak jenis kucing yang anda perlu tahu
sebelum membuat keputusan untuk membeli kucing di dalam rumah kerana ia
mempunyai ciri-ciri yang berlainan dan tersendiri.
British Shorthair boleh dijadikan sebagai sahabat atau
pun keluarga yang sangat baik dan boleh menjadi teman anda sepanjang berada di
dalam rumah. Ia mempunyai suara yang tenang dan suka berdampingan. Selain itu,
ia adalah kucing dengan tahap aktiviti yang sederhana. Ia sangat bertenaga
sewaktu kecil, tetapi mula tidak bergiat aktif ketika dia berusia
setahun. Kucing seperti ini jarang merosakkan segala benda yang berada
disekelilingnya dan sangat sopan dan beradab.
Jangka masa hidup :
- 12 hingga 17 tahun
Saiz :
- Kucing jantan - 12 hingga 20 kilogram
- Kucing betina - 8 hingga 14 kilogram
Penjagaan :
Bulunya yang pendek memudahkan proses untuk memberus
atau menyikat bulu-bulu tersebut untuk membuang rambut yang gugur dan bagi
tujuan merapikan. Selain itu, mandian jarang diperlukan.
Seterusnya, gigi kucing ini hendaklah di berus dengan
kerap bagi mengelakkan penyakit periodontal. Potong kuku setiap minggu. Matanya
perlu dilap dengan menggunakan kain yang lembab untuk mengurangkan risiko
penyakit mata dan jangkitan. Bahagian telinga kucing ini juga perlu
diperhatikan. Jika telinganya kelihatan kotor, anda dikehendaki untuk mengelap
bahagian tersebut dengan menggunakan kain kapas yang lembab untuk menghilangkan
kotoran.
Kucing ini sebaiknya dijadikan sebagai kucing
peliharaan di dalam rumah untuk mengelakkan sebarang jangkitan penyakit yang
disebarkan oleh kucing-kucing yang lain, serta dikhuatiri berdepan dengan
risiko kecurian disebabkan bakanya yang berbeza dengan kucing-kucing jalanan
yang lain.
Wah terima kasih atas artikel yang berguna dan bermanfaat. british shorthair kitten
ReplyDelete