Skip to main content

Himpunan Bantah ICERD


Ribuan rakyat telah menyertai perhimpunan kesyukuran apabila kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk tidak memeterai Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Himpunan bantah ICERD ini telah dijalankan pada hari Sabtu bersamaan dengan 8 Disember 2018 di Masjid Jamek serta perarakan ke Jalan Tunku Abdul Rahmanberlangsung aman dengan dihadiri kira-kira 1,500 orang ramai

Perhimpunan tersebut telah dihadiri oleh beberapa pimpinan pergerakan pemuda dan badan bukan kerajaan (NGO). Antaranya ialah Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi, dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Beberapa orang wakil Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) turut sama menyertai perhimpunan tersebut yang bermula pada pukul 12.00 tengah hari.
Bukan itu sahaja, bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, turut hadir ke perhimpunan tersebut ditemani oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.Bantahan tersebut sebenarnya diterajui dua parti pembangkang Melayu-Islam yang terbesar di Malaysia, iaitu UMNO dan PAS.
Perhimpunan tersebut pada mulanya telah diusul sebagai bantahan terhadap ICERD tetapi selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak memeterai konvensyen itu, perhimpunan itu bertukar menjadi satu sambutan kesyukuran. Hanya Malaysia dan Brunei sahaja yang belum memeterai konvensyen itu daripada 57 negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

Comments

Popular posts from this blog

'British Shorthair'

Kucing merupakan haiwan yang sangat comel dan boleh dibela di rumah. Namun, terdapat banyak jenis kucing yang anda perlu tahu sebelum membuat keputusan untuk membeli kucing di dalam rumah kerana ia mempunyai ciri-ciri yang berlainan dan tersendiri. British Shorthair boleh dijadikan sebagai sahabat atau pun keluarga yang sangat baik dan boleh menjadi teman anda sepanjang berada di dalam rumah. Ia mempunyai suara yang tenang dan suka berdampingan. Selain itu, ia adalah kucing dengan tahap aktiviti yang sederhana. Ia sangat bertenaga sewaktu kecil, tetapi  mula tidak bergiat aktif ketika dia berusia setahun. Kucing seperti ini jarang merosakkan segala benda yang berada disekelilingnya dan sangat sopan dan beradab. Jangka masa hidup :  12 hingga 17 tahun Saiz :  Kucing jantan - 12 hingga 20 kilogram Kucing betina -  8 hingga 14 kilogram Penjagaan : Bulunya yang pendek memudahkan proses untuk memberus atau menyikat bulu-bulu tersebut u...

'Christian The Lion'

'Christian The Lion'  merupakan seekor singa jantan yang tular di media massa suatu ketika dahulu. Pada tahun 1969, Anthony Bourke dan John Rendall dua jejaka muda daripada Australia telah mengembara ke kota London. Sewaktu Rendall dan Bourke memasuki sebuah kedai, mereka tertarik dan jatuh cinta apabila melihatkan kecomelan dua ekor anak singa kecil yang berada di dalam sangkar yang sedia untuk dijual. Setelah mencapai keputusan yang muktamad, mereka bercadang untuk membeli salah satu daripada anak singa tersebut untuk dibela dengan harapan mereka dapat membesarkan anak singa tersebut dengan lebih baik daripada sebelum ini. Kemudian, mereka membawa balik anak singa tersebut ke sebuah rumah flat milik mereka dan menamakannya Christian. Christian akan menghabiskan masanya dengan bermain di kedai perabot milik Rendall dan Bourke iaitu Sophisticat di bangunan bawah tempat tinggal mereka atau bermain dan   meluangkan masa dengan kanak-kanak kecil yang sukakan Christi...

'Youth Power'

Youth Power  memberi maksud hak atau kuasa anak muda untuk bersuara menyatakan pendapat atau sebarang bantahan untuk menegakkan keadilan. Youth memberi maksud anak muda. belia dan remaja manakala Power pula bermaksud keupayaan anak muda untuk mengubah negara ke arah kebaikan.  Sejujurnya, anak muda mempunyai keupayaan serta kemampuan untuk memberi inspirasi serta mampu untuk meningkatkan mutu hidup orang – orang yang berada disekelilingnya. Maka, dengan wujudnya kuasa untuk mengubah di tangan anak muda, negara kita boleh berubah menjadi lebih baik daripada sekarang tetapi dengan syarat, anak muda hendaklah rajin, mempunyai semangat yang berkobar – kobar, keazaman yang tinggi serta menanam nilai – nilai murni di dalam diri bagi membentuk sahsiah yang baik. Selain itu, perkataan anak muda ini amat sinonim dengan perkataan malas, tidak matang, tidak serius dan banyak lagi unsur – unsur negatif yang hanya dipandang dalam diri seorang anak muda. Jika persepsi orang kita m...