Semenjak dulu lagi, pelajar di universiti sering berhadapan
dengan masalah duit. Bagi pelajar yang meminjam bantuan PTPTN pula, pada
awalnya sahaja mereka rasa dirinya kaya dan di pengakhiran ceritanya pula
mereka menjadi sangat miskin sampaikan ada yang terpaksa ikat perut kerana
berhadapan dengan kekangan duit. Bagi yang tidak mengambil bantuan PTPTN pula,
duit belanja yang telah diberi oleh ibu bapa kadang kalanya tidak mencukupi
kerana ada yang terpaksa membeli buku ilmiah yang mencecah ratusan ringgit harganya.
Oleh itu, di sini terdapat beberapa tips berkaitan dengan cara-cara untuk
menjimatkan duit semasa bergelar seorang mahasiswa universiti.
1. Meminjam
Buku Sebagai Bahan Rujukan
Buku
ilmiah ini boleh dipinjam di perpustakaan universiti masing-masing untuk
mengurangkan kos perbelanjaan yang lebih tertumpu kepada pembelian buku
berkaitan dengan subjek tertentu. Selain itu, pelajar hendaklah rajin bertanya
dengan pelajar tahun atas kerana mungkin mereka ada membeli buku yang kita
mahukan dan tidak menggunakannya lagi. Jadi kita boleh pinjam buku tersebut
daripada mereka atau pun membelinya dengan harga yang lebih murah berbanding
harga yang dipamerkan di kedai buku.
2. Gunakan Pengangkutan Percuma Yang
Disediakan Oleh Universiti
Pada
zaman sekarang, pelajar gemar menggunakan aplikasi 'Grab' atau pun 'My Car'
untuk pergi ke mana-mana sahaja bersama rakan kerana ia lebih cepat dan
dipercayai. Dalam masa yang sama, pelajar telah membelanjakan duit yang banyak
secara tidak sedar. Jadi, gunakanlah kemudahan yang telah disediakan oleh
universiti supaya perbelanjaan harian boleh dikurangkan. Tetapi, pelajar perlu
mempunyai pembahagian masa atau perancangan perjalanan yang betul supaya tidak
terlambat ke kelas dan sebagainya.
3. Cuci Baju Secara Manual
Para
pelajar gemar ke dobi untuk membasuh pakaian kerana terlampau sibuk atau pun
malas untuk membasuh baju dengan menggunakan tangan. Apa salahnya jika pelajar
merajinkan diri dengan membasuh baju dengan menggunakan tangan sekerap yang
mungkin kerana bukan sahaja kita dapat menjimatkan duit, kita juga akan berasa
lebih tenang kerana tiada longgokan baju yang banyak menunggu untuk dibasuh.
Jika tabiat ini kerap dilakukan, maka pengeluaran duit juga kerap dilakukan dan
seterusnya menyukarkan lagi pelajar untuk menjimatkan penggunaan duit.
4. Jangan Terikut Dengan Trend Semasa
Rata-rata
pelajar zaman sekarang mudah terikut dengan trend yang disajikan di hadapan
matanya. Kebanyakan pelajar sekarang memakai telefon pintar yang canggih
seperti 'iPhone' dan ada yang sanggup mengikat perut atau pun menghabiskan duit
PTPTN mereka hanya kerana mahu membeli telefon pintar yang mahal dan disukai
ramai itu. Tindakan ini ternyata salah dan pada masa yang sama akan memakan
diri kerana duit simpanan di dalam bank sudah habis.
5 Elakkan Diri Daripada Membuat Pembelian
'Online'
Sekarang
sangat mudah untuk kita dapatkan segala barangan yang diperlukan di hujung
jari. Apatah lagi jika mereka membuat 'sale' harga runtuh, pasti semua orang
akan berlumba-lumba untuk membeli supaya mereka tidak terlepas daripada membeli
barangan yang dimahukan. Jika perbelanjaan ini kerap dilakukan, pelajar akan
menjadi semakin ketagih untuk membeli barangan 'online' dan pelajar wanitalah
yang sering berbuat demikian. Jadi, nafsu membeli belah hendaklah dikawal
supaya kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.
Oleh
itu, pelajar yang ingin berjimat-cermat hendaklah mampu untuk membezakan antara
keperluan dan kemahuan diri sendiri. Selain itu, pelajar hendaklah mengutamakan
kemahuannya terlebih dahulu supaya dapat membuat pertimbangan yang betul
sebelum memulakan sebarang pembelian atau pun pembayaran. Langkah ini boleh
dilakukan secara perlahan-lahan supaya para pelajar dapat membiasakan diri
untuk berjimat-cermat.
Comments
Post a Comment